Friday, 4 May 2012

KAMI & BANTAL BUSUK KAMI.....




KEPADA sesetengah individu terutama si kecil, fasa untuk melelapkan mata mungkin terganggu atau mengambil masa yang agak panjang sekiranya bantal busuk tiada di sisi.
Bahkan kepada si kecil, ada yang merengek-rengek, gelisah, menangis atau menyusu dengan selesa sekiranya kehilangan bantal busuk.
Fenomena bantal busuk hakikatnya bukan isu yang berlegar dalam kalangan si kecil. Sebaliknya, bantal busuk iaitu objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika mahu tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Bantal busuk hanya istilah yang dilabelkan kepada objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika tidur. Bantal busuk juga boleh bermaksud selimut, sapu tangan, kain pelikat, kepala anak patung, patung beruang dan sebagainya.
Hari ini, masih ada dalam kalangan orang dewasa yang terbawa-bawa dengan tabiat bantal busuk yang menjadi kelaziman sejak kecil. Bahkan, tidak mustahil tabiat yang sama terbawa-bawa ke alam perkahwinan.
Walaupun objek yang menjadi bantal busuk sudah bertukar warna, kepam dan berbau, namun ia tetap menjadi pujaan kepada pemiliknya. Bantal busuk seolah-olah mempunyai kuasa yang luar biasa.
Wajib bersama
Pemilik dan bantal busuknya umpama isi dengan kuku. Barangkali kepada mereka yang memiliki bantal busuk, hidup mereka bukan sahaja tidak sempurna tanpanya, malah boleh menyebabkan si pemilik menjadi tidak keruan. Justeru, tidak hairanlah jika si pemilik dan bantal busuknya wajib bersama walau ke mana2 saja

6 comments:

  1. Replies
    1. hee masuk skali kan...bantal..aiseh...layan~~~

      Delete
  2. qilah, banta busuk kamu yg ader tulis PEDAS tu kan?? hehe.

    ReplyDelete
  3. k.pina...dah xde laa yg tu..wakaka..mak dah basuh dah sarung tu..tukar kale pink..hee tu pon ada ura2 nak kena basuh..cuma stakat ni masih selamat...hahahhaa

    ReplyDelete
  4. skg qilah dh ad 2 bntl busyuk.hee

    ReplyDelete
  5. Comel bantal bsuk awk...bntal bsuk awk tu kekabu ker?

    ReplyDelete