Wednesday, 9 May 2012

jenis anda?????


1. Jenis Pengkritik 
Teman dengan jenis ini akan selalu mengingatkan kita ketika kita melakukan kesalahan. Tanpa diminta pun, dia akan selalu mengkritik kita bila melakukan sesuatu hal yang menyimpang atau menyalahi batasan. Rakan jenis ini sangat baik untuk mengingatkan kita pada jalan yang benar, meskipun kadang kala menyakitkan hati mendengar kritikannya yang agak pedas.
2. Jenis Penyokong
Kamu yang memiliki teman seperti ini sangat bertuah kerana teman jenis ini akan selalu mennyokong apa yang kamu lakukan dan akan bergembira melihat kebahagiaan kamu. Kamu akan selalu merasa bersemangat dan bermotivasi apabila berada dekat dengannya.
3. Jenis Happy-Go-Lucky 
Mungkin jenis seperti ini yang lebih banyak disukai. Teman dengan jenis happy-go-lucky akan selalu membuat kamu ceria kembali di saat sedih dan berduka. Rasanya tidak lengkap jika berkumpul tapi tidak ada teman kamu yang satu ini. Di saat Kamu kecewa dan tertekan, teman jenis inilah yang lebih banyak membuat kamu tertawa.
4. Jenis Pembimbing 
Kamu akan merasa lebih bahagia jika memiliki teman jenis ini. Berada bersamanya akan membuat kamu merasa tenang dan damai. Dia pun akan selalu memberi nasihat yang berguna dikala Kamu memerlukannya. Rasanya hidup kamu menjadi terarah dan bertujuan kerana mempunyai teman yang memberi nadihat penting untuk hidup kamu.
Jika Kamu belum memiliki teman-teman seperti di atas, sebaiknya mulalah mencari satu daripadanya kerana dialah seorang sahabat yang sangat kamu perlukan untuk menjadikan hidup kamu lebih terisi….




Friday, 4 May 2012

KAMI & BANTAL BUSUK KAMI.....




KEPADA sesetengah individu terutama si kecil, fasa untuk melelapkan mata mungkin terganggu atau mengambil masa yang agak panjang sekiranya bantal busuk tiada di sisi.
Bahkan kepada si kecil, ada yang merengek-rengek, gelisah, menangis atau menyusu dengan selesa sekiranya kehilangan bantal busuk.
Fenomena bantal busuk hakikatnya bukan isu yang berlegar dalam kalangan si kecil. Sebaliknya, bantal busuk iaitu objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika mahu tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Bantal busuk hanya istilah yang dilabelkan kepada objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika tidur. Bantal busuk juga boleh bermaksud selimut, sapu tangan, kain pelikat, kepala anak patung, patung beruang dan sebagainya.
Hari ini, masih ada dalam kalangan orang dewasa yang terbawa-bawa dengan tabiat bantal busuk yang menjadi kelaziman sejak kecil. Bahkan, tidak mustahil tabiat yang sama terbawa-bawa ke alam perkahwinan.
Walaupun objek yang menjadi bantal busuk sudah bertukar warna, kepam dan berbau, namun ia tetap menjadi pujaan kepada pemiliknya. Bantal busuk seolah-olah mempunyai kuasa yang luar biasa.
Wajib bersama
Pemilik dan bantal busuknya umpama isi dengan kuku. Barangkali kepada mereka yang memiliki bantal busuk, hidup mereka bukan sahaja tidak sempurna tanpanya, malah boleh menyebabkan si pemilik menjadi tidak keruan. Justeru, tidak hairanlah jika si pemilik dan bantal busuknya wajib bersama walau ke mana2 saja